Selasa, 18 Januari 2011

Cara upload dan masukkan file swf (flash) pada blog

Pada entri sebelum ini, ada satu info tentang bagaimana cara membina flash yang mudah dengan menggunakan software Aleoflash. Bagi anda yang sudah berjaya membina animasi flash tersebut, mungkin terdapat sedikit kesulitan tentang cara untuk memasukkan animasi flash tersebut ke dalam blog.

Untuk masukkan file swf pada blog, file tersebut hendaklah terlebih dahulu di upload pada file hosting. Swfcabin adalah satu site hosting percuma untuk file yang berformat swf.

Apa yang perlu anda lakukan adalah ikut beberapa langkah di bawah.

Langkah 1



Namakan file yang hendak di upload pada ruang Title. Seterusnya, klik pada Browse dan klik Open pada file swf yang hendak di upload. Kemudian, klik pula pada Publish Swf.

Langkah 2

Salin URL pada Navigation toolbar.

Contoh: http://www.swfcabin.com/open/1263452734

Edit URL dengan menggantikan open kepada swf-files dan menambah .swf selepas angka.

Contoh URL yang di edit: http://www.swfcabin.com/swf-files/1263452734.swf

Langkah 3

Salin kod biru di bawah dan paste pada notepad. Gantikan teks masukkan URL file swf di sini dengan URL yang telah siap di edit (rujuk langkah 2).

Sila edit angka pada width dan height mengikut kesesuaian size paparan flash tersebut.

<embed src=" masukkan URL file swf di sini "
quality="high"
type="application/x-shockwave-flash"
WMODE="transparent"
width="120"
height="190"
pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" />
</embed>

Langkah 4

Salin kod yang telah siap di edit( rujuk langkah 3) dan paste pada post ataupun sidebar.

1 komentar: