Kamis, 20 Januari 2011

Apa itu codec?





Pernahkah anda mengalami keadaan di mana anda tidak dapat memainkan sesebuah filem?
Kadangkala, hanya terdapat muzik, bunyi dan suara orang. Ia menunjukkan sistem anda tidak mempunyai codec dan anda seharusnya mengemaskini sistem anda dengan memasang codec terkini.

Apa itu codec?
Codec merujuk kepada nama teknikal bagi compression/decompression(mampatan/penyahmampatan) atau code/decode (digunakan di dalam rangkaian komputer) atau compressor/decompressor. Codec membenarkan pemain media anda seperti mplayer atau vlc memainkan sesebuah filem dengan lancar.

Bagaimana codec berfungsi?
Ia digunakan dalam mengurangkan saiz file tersebut dengan menggunakan compressor, dan apabila dan decompressor akan digunakan sekiranya kita ingin melihat file tersebut.
Contohnya, apabila anda ingin memasang filem yang berakhir dengan .rmvb, dan mendapat ralat seperti tiada codec, ia bermakna anda tiada codec jenis rmvb, anda boleh mendapatkan codec jenis ini dari laman web Real Player.

Codec-codec yang selalu digunakan oleh kita
MP3, WMA, RealVideo, RealAudio, DivX and XviD.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar